Pengauditan Pensijilan iSMS bagi Sistem MyGuru
Selesai sudah sesi pengauditan pensijilan iSMS oleh SIRIM bagi Sistem MyGuru. Ini merupakan pengauditan kali pertama bagi Sistem MyGuru baharu yang telah dibangunkan semula menggunakan PHP Framework Codeigniter. Sistem MyGuru telah diaudit sejak 2014 dengan pelbagai teguran berkaitan isu keselamatan telah membuka jalan bagi pembangunan semula Sistem MyGuru bagi mengantikan Sistem MyGuru lama yang telah digunakan sejak 2006.Sistem MyGuru lama menggunakan PHP versi 5.3 yang mempunyai pelbagai isu sekuriti jesteru keperluan naik taraf PHP adalah sangat kritikal. Namun naik taraf PHP pada MyGuru lama tidak semudah yang disangkakan dimana pembangun perlu menyemak setiap kod yang telah "deprecated" untuk digantikan dengan kod baru. Tindakan menaik taraf PHP dilihat tidak praktikal dan membangunkan semula dilihat sebagai tindakan yang lebih baik.
Berdasarkan pengauditan terhadap MyGuru baharu, pihak juru audit berpuas hati dengan tahap keselamatan yang telah dipraktikan dalam pembangunan MyGuru baharu. Tiada ketidakpatuhan yang dijumpai hanya teguran lisan untuk penambahbaik diberikan terhadap pembangun Sistem MyGuru.
Syabas kepada Team MyGuru!